Ada pelbagai cara dilakukan untuk mengingat sesuatu fakta penting. Ada yang membaca dan menghafal. Apabila kita membaca mengenai sesuatu fakta penting, kita akan cuba menyimpan maklumat tersebut supaya ia akan sentiasa kekal dalam ingatan kita. Ingatan kita akan diuji dengan cara memanggil semula maklumat yang sudah lama kita simpan.
Ingatan kita boleh dikatakan kuat apabila kita berupaya memanggil semula maklumat yang sudah kita baca sebelum ini. Ada banyak faktor yang menyebabkan kita lupa. Antaranya:
1. Kita kurang memberikan tumpuan ketika proses membaca dan memasukkan maklumat ke dalam otak
2. Kita kurang menggunakan maklumat tersebut selepas kita menyimpannya di dalam kotak ingatan kita
3. Terdapat gangguan-gangguan lain ketika proses mengingat
4. Kita berada dalam keadaan tertekan
5. Kesihatan fizikal kita kurang baik
6. Kita ada melakukan maksiat.
(Cerita-cerita Motivasi Untuk Jiwa, Edisi Kedua, IMTIYAZ)