Monday, 14 September 2020

Unit Bimbingan & Kaunseling, KPM Seri Iskandar

Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) KPM Seri Iskandar (KPMSI) merupakan unit sokongan akademik yang mana berfungsi dalam membantu pembangunan akademik dan kemahiran insaniah bagi para pelajar khususnya dan juga kakitangan amnya. Buat masa ini, UBK KPMSI mempunyai 2 orang Kaunselor Berdaftar. UBK merupakan salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPMSI. UBK KPMSI adalah di bawah penyeliaan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar).

Unit ini adalah satu sistem sokongan dalam membantu pelajar mengenal masalah dan mengenal pasti potensi diri bagi menangani masalah yang dihadapi agar cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

Para pelajar boleh berjumpa dengan kaunselor untuk berbincang secara objektif tentang masalah berkaitan akademik, emosi, sosial, kerjaya dan lain-lain masalah yang mempunyai hubungan dengan pencapaian pelajar. Adalah menjadi tujuan utama UBK KPMSI untuk membantu pelajar mendapatkan celik akal bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi masa kini dan dapat dijadikan petunjuk kepada penyelesaian masalah pada masa hadapan.

Selain itu, melalui aktiviti pembangunan diri, sahsiah, akademik, UBK KPMSI akan membantu dan membimbing pelajar melalui program seminar, bengkel dan kursus berbentuk kemahiran, motivasi dan sebagainya bagi membentuk semangat daya pimpin dan daya saing di kalangan para pelajar.

Secara kesimpulannya, UBK KPMSI membantu perkembangan pelajar ke arah kecemerlangan akademik, sosial, peribadi, spiritual dan kerjaya melalui perancangan, pelaksanaan, penilaian dan program-program yang bersesuaian.

No comments:

Post a Comment