Wednesday 7 October 2020

Courtesy Visit O'Brien Associates (Malaysia Division) to KPM Seri Iskandar

Jumaat, 2 Okt 2020

KPM Seri Iskandar menerima kunjungan delegasi O'Brien Associates (Malaysia Division) (OBA-M). Seramai 4 orang pengurusan tertinggi OBA-M hadir iaitu: 

1. Major Hj Mahadi Hj Shukor RMAF (Retired) - Principal OBA-M

2. Dr Abdul Rahman Jaafar - Corporate Advisor

3. Dr Nuraishani Baharom - Head of Education Consultant

4. Hjh Juliana Dato Zainal - Head of Administration

Kehadiran delegasi OBA-M disambut mesra oleh pengurusan KPM Seri Iskandar. Tujuan utama kunjungan adalah untuk berkongsi peluang pengajian di Ireland kepada pelajar lepasan diploma. Sememangnya perkongsian tersebut sangat menarik dan diharapkan pelajar-pelajar yang bercita-cita untuk menyambung pengajian di luar negara dapat membuat perancangan awal.













Thursday 17 September 2020

Selamat Kembali ke KPMSI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat kembali ke KPM Seri Iskandar kepada semua pelajar kanan Sesi 2/2020.
Mungkin ada yang akan menginap di KAMSIS dan ada yang akan menyewa di sekitar Seri Iskandar.
Walau di mana pun anda berada, pengurusan masa dan kewangan perlu diutamakan ye.

Bagaimana untuk mengurus masa dan kewangan dengan baik?

Setentunya untuk kembali ke kampus, akan sedikit sukar kerana sebahagian anda telahpun berasa selesa dan dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran atas talian. Selain itu, pengurusan masa dan kewangan juga berbeza kerana sebelum ini, anda belajar dari rumah. Kini, belajar di kolej (atas talian dan kuliah bersemuka).

Amat penting sekali untuk anda kembali kepada mod pengurusan masa dan kewangan yang baik dan berhemah.



TIPS PENGURUSAN MASA BERKESAN

Ada pelbagai tips untuk pengurusan masa yang berkesan. Tambahan pula, anda sebagai pelajar kolej setentunya perlukan pengurusan masa yang lebih fleksibel dan rasional mengikut keutamaan anda.

1. IMPORTANT & URGENT: Tugas/Kerja yang sangat perlu diutamakan dan dilakukan segera (Jangan Bertangguh).

 Sebagai contoh : Tugasan yang perlu dihantar segera, persediaan peperiksaan, kecemasan, krisis dll.

 2. IMPORTANT but NOT URGENT: Menjadi keutamaan kedua terpenting dan perlu diletakkan  tarikh akhir.

Sebagai contoh : Membaca nota kuliah, ulang kaji, senaman dll.

3. NON-IMPORTANT but URGENT: Tugas ini segera tetapi boleh didelegasikan kepada orang lain (yang berkenaan).

Sebagai contoh : Emel, panggilan telefon, media sosial dll.

4. NON-IMPORTANT & NON-URGENT: Tugas ini boleh diketepikan dan dielakkan kerana hanya akan membazirkan masa anda.

Sebagai contoh : Bergayut di telefon, melayari internet sehingga lewat malam tanpa tujuan, menonton TV berlebihan dll.


Ha, semak balik keperluan dan kegunaan 24 jam sehari yang diberikan kepada kita ya. Jika ada yang tersalah guna, boleh kita sama-sama reset semula niat dan matlamat agar masa kita digunakan sebaiknya.


TIPS PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR

Pelajar kanan kembali ke kolej pada Minggu 12. Berbaki lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk menduduki peperiksaan akhir.

Pengurusan kewangan amat penting kerana mungkin anda telah terbiasa dengan makanan dihidangkan apabila bangun dari tidur. Tiba masa makan tengahari, makanan juga tersedia. Tetapi setelah tiba ke kolej, semuanya anda perlu lakukan seperti mana sebelum ini.

Apabila ke kampus, semestinya perbelanjaan untuk makan dan minum serta tugasan-tugasan yang perlu dicetak perlu diuruskan dengan baik. Berbekalkan elaun yang diterima, diharapkan semua pelajar dapat menguruskan kewangan masing-masing dengan berhemah.

Antara tips yang boleh diamalkan adalah:

1. Sentiasa catat duit yang keluar dan masuk 

Sekiranya ada buku khas adalah lebih baik atau sekarang ni zaman digital (semuanya di hujung jari kan), boleh download aplikasi yang bersesuaian untuk catat perbelanjaan keluar dan duit yang masuk.
Kadang-kadang, bila dah berbelanja kita jadi lupa perbelanjaan kita adalah untuk keperluan atau kehendak. Dengan adanya catatan ini, kita dapat menentukan penggunaan kewangan kepada peratus keperluan yang kita perlu dan % kehendak yang kita mampu. Sebagai contoh, jika ada yang suka makan makanan ringan (ianya kehendak kan?), boleh tetapkan berapa amaun yang perlu. Lebih baik jika elakkan terus kerana makanan ringan tidak baik untuk kesihatan.


2. Buat belanjawan peribadi.

Elaun yang diterima perlu diasingkan ikut keutamaan penggunaan. Jika ada terima tambahan daripada keluarga, itu satu bonus untuk anda. 

Sebagai contoh, RM300 sebulan. Aturkan segera ikut keperluan fisiologi (makan dan minum) dan keperluan pengajian (cetakan/buku). Setelah itu, perlu diasingkan pula untuk perbelanjaan sampingan dan simpanan.


3. Amalkan sikap menabung.

Sikap menabung telah berulang kali diingatkan terutamanya semasa kita kecil dahulu. Asalkan ada duit syiling lebihan, pasti akan dimasukkan ke dalam tabung.

Sekarang ini, ada pelbagai cara untuk kita buat tabungan. Ada sesetengahnya akan menyimpan wang kertas RM5/RM10/RM20 setiap kali mereka mendapatnya. Ikut kemampuan anda sebagai pelajar.

Jika mampu sehari RM1, atau 50 sen sekalipun, boleh. Yang penting, mulakan menabung.


4. Simpan resit pembelian.

Resit mungkin dianggap tidak penting kepada sesetangah orang. Namun, jika diteliti, ada juga baiknya menyimpan resit. Kita dapat membuat perbandingan harga barangan kedai mana yang lebih murah dan dapat kenal pasti kenaikan harga barang.

Jika ada kenaikan harga, boleh lah kita ambil langkah untuk kurangkan pembelian atau tangguhkan pembelian sehingga ada sale atau jumpa kedai yang menawarkan harga yang lebih rendah.

Pastikan kita tidak beli barang melebihi bajet yang kita ada.

Biarlah berjimat, asalkan tidak kedana.
Biarlah selesa, asalkan tidak tercekik untuk bergaya.

5. Elakkan luang masa di tempat membeli-belah.

Tempat outing pilihan pelajar adalah pusat membeli-belah kerana semuanya ada di situ. Tempat makan, menonton wayang, baju, kasut, buku semuanya ada. 

Cuba elakkan daripada outing ke mall jika tiada keperluan yang mendesak. Ini bagi mengelakkan kita tergoda dengan nafsu dan menjadi rambang mata dengan sale atau jualan langsung terutamanya di kalangan perempuan. Adakalanya kita akan menyesal setelah membeli. (Saya pun pernah jadi pelajar 😂)


6. Amalkan gaya hidup sihat.

Sentiasa amalkan pemakanan yang seimbang supaya badan dan minda kita kekal sihat dan dapat elakkan perbelanjaan tambahan untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Elakkan makanan ringan dan minuman bergas. Amalkan air kosong dan diet seimbang.

Selalulah bersenam dan menjaga kesihatan diri dengan baik. Pastikan tidur dan rehat yang cukup serta masa kita diluangkan sebaiknya.

Bagi lelaki, elakkan merokok kerana rokok menambahkan kerugian wang buat anda.



Sama-samalah kita melakukan perubahan untuk diri dan keluarga kita.

Selamat kembali ke Seri Iskandar. 

Tuesday 15 September 2020

PROGRAM PENAJAAN PENGAJIAN TERTIARI (TESP 2020)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berita baik buat semua pelajar yang ingin atau sedang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA di bawah Program Pinjaman Pelajaran Tertiari (TESP) boleh dibuat secara atas talian. Sistem Permohonan akan dibuka bermula 27 Ogos 2020 (Khamis) pukul 10.00 pagi sehingga 13 November 2020 (Jumaat) pada pukul 4.00 petang.



Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

>>> Info Grafik

>>> Garis Panduan

>>> Soalan Lazim

>>> Senarai IPT yang ditaja:-

>>> Permohonan dalam talian

>>> Masalah Kad Pengenalan telah wujud dalam Sistem Myeduloan

        – Klik di sini untuk bantuan selanjutnya 


Sumber : https://www.mara.gov.my/program-penajaan-pengajian-tertiari-tesp-2020/ 

Monday 14 September 2020

HUBUNGI KAMI

 


PERKHIDMATAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, KPM SERI ISKANDAR

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Semua warga KPM Seri Iskandar dialu-alukan untuk mendapatkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling. 

Kami juga mengalu-alukan orang awam yang ingin mendapatkan perkhidmatan kami terutamanya kepada lepasan SPM yang masih mencari peluang pengajian yang bersesuaian dengan keputusan dan minat.

Anda boleh menghubungi kaunselor menerusi telefon atau emel atau terus hadir ke Unit Bimbingan & Kerjaya.

Untuk temujanji : https://tinyurl.com/etemujanjikpmsi

Kaunselor 1 : En Muhamad Nazri bin Abd Radin (0136288804) 

Kaunselor 2 : Pn Nurhazwani binti Ghazali (0194489554)


"Kerahsiaan anda keutamaan kami"

Permohonan Kemasukan Program Intensif Bahasa Inggeris Sesi 3/2020 Ambilan November 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PELUANG KINI DIBUKA KEMBALI

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM INTENSIF BAHASA INGGERIS (IEP) KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) SESI 3/2020 AMBILAN NOVEMBER DIBUKA

  • KPM Indera Mahkota, Pahang
  • KPM Seri Iskandar, Perak

Sila layari http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ dan imbas KOD QR untuk maklumat permohonan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi talian seperti berikut:-

Unit Pengambilan,
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA

Telefon: 03-261 34074 / 34075 / 34076 / 34077 / 34081

Emel: upim.bpt@mara.gov.my

FACEBOOK: Hi-Edu MARA – Kolej Profesional MARA
TWITTER: Hi-Edu MARA
INSTAGRAM: Hi-Edu MARA
TELEGRAM: Hi-Edu MARA

Whatsapp: +6011-58521184

“Kolej Profesional MARA (KPM) Merealisasi Impian Kerjaya Anda”

Permohonan Kemasukan Program Diploma Sesi 3/2020 Ambilan November 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Peluang keemasan kepada Lepasan SPM/STPM/STAM/SKM. Permohonan kemasukan ke Diploma Kolej Profesional MARA (KPM) telah dibuka sehingga 30 September 2020.

Sila layari http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ dan imbas KOD QR untuk maklumat permohonan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi talian seperti berikut:-

Unit Pengambilan,
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA

Telefon: 03-261 34074 / 34075 / 34076 / 34077 / 34081

Emel: upim.bpt@mara.gov.my

FACEBOOK: Hi-Edu MARA – Kolej Profesional MARA
TWITTER: Hi-Edu MARA
INSTAGRAM: Hi-Edu MARA
TELEGRAM: Hi-Edu MARA

Whatsapp: +6011-58521184

“Kolej Profesional MARA (KPM) Merealisasi Impian Kerjaya Anda”

Unit Bimbingan & Kaunseling, KPM Seri Iskandar

Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) KPM Seri Iskandar (KPMSI) merupakan unit sokongan akademik yang mana berfungsi dalam membantu pembangunan akademik dan kemahiran insaniah bagi para pelajar khususnya dan juga kakitangan amnya. Buat masa ini, UBK KPMSI mempunyai 2 orang Kaunselor Berdaftar. UBK merupakan salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPMSI. UBK KPMSI adalah di bawah penyeliaan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar).

Unit ini adalah satu sistem sokongan dalam membantu pelajar mengenal masalah dan mengenal pasti potensi diri bagi menangani masalah yang dihadapi agar cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

Para pelajar boleh berjumpa dengan kaunselor untuk berbincang secara objektif tentang masalah berkaitan akademik, emosi, sosial, kerjaya dan lain-lain masalah yang mempunyai hubungan dengan pencapaian pelajar. Adalah menjadi tujuan utama UBK KPMSI untuk membantu pelajar mendapatkan celik akal bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi masa kini dan dapat dijadikan petunjuk kepada penyelesaian masalah pada masa hadapan.

Selain itu, melalui aktiviti pembangunan diri, sahsiah, akademik, UBK KPMSI akan membantu dan membimbing pelajar melalui program seminar, bengkel dan kursus berbentuk kemahiran, motivasi dan sebagainya bagi membentuk semangat daya pimpin dan daya saing di kalangan para pelajar.

Secara kesimpulannya, UBK KPMSI membantu perkembangan pelajar ke arah kecemerlangan akademik, sosial, peribadi, spiritual dan kerjaya melalui perancangan, pelaksanaan, penilaian dan program-program yang bersesuaian.