Sunday 18 September 2011

TAKLIMAT PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI UniKL

Assalamualaikum WBT.

Buat Warga KPMSI yang disayangi. Marilah kita sama-sama merenung dan meningkatkan kesedaran akan masa yang kita habiskan dalam menuntut ilmu sepanjang berada di sini. Sekurang-kurangnya kita perlu menghabiskan masa selama 3 tahun dalam mencipta kejayaan yang bermakna dalam melangsungkan kehidupan. Namun apalah ertinya 3 tahun yang kita korbankan jika setelah itu kita tidak 'ke mana-mana'?

Hidup amat memerlukan perancangan bak kata-kata pujangga "ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI PERANCANGAN DALAM HIDUPNYA ADALAH ORANG MERANCANG UNTUK GAGAL". Adakah kita tergolong dalam golongan ORANG YANG MERANCANG UNTUK GAGAL? Kata mereka lagi, "KEJAYAAN DAN KEGAGALAN ADALAH PILIHAN, JADI PILIHLAH UNTUK BERJAYA".

Sudah tentu anda akan memilih untuk berjaya, bukan?

Bagus. Jika itu adalah pilihan anda bermakna anda sekarang adalah tergolong dalam golongan orang yang berjaya, iaitu orang yang berjaya menyuntik semangat untuk mengorak langkah ke arah KEJAYAAN. Tahniah dan syabas diucapkan.

Jadi apa yang perlu ditunggu lagi? Jom kita mulakan perancangan. Tapi ingat, perancangan perlulah seiring dengan ILMU dan PENGALAMAN. Bagi memperkayakan ILMU dan PENGALAMAN anda UKK KPMSI telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan 1 taklimat kerjaya dengan kerjasama UniKL seperti butiran di bawah.

"BIARPUN KITA ADALAH SEORANG YANG BODOH, NAMUN JANGAN BIARKAN DIRI KITA MENJADI ORANG YANG BODOH DAN SOMBONG"



TARIKH: 19 SEPTEMBER 2011 (ISNIN)
MASA: 12.00 pm - 2.00 pm
TEMPAT: DK 1, KPMSI
PESERTA: HND 4 BIT, HND 4 BMK & DIB 4

Kehadiran peserta yang tersenarai di atas adalah diwajibkan. Penyertaan daripada pelajar-pelajar lain yang mempunyai kelapangan juga amat dialu-alukan.

Monday 12 September 2011

BERTEMU KEMBALI SETELAH 2 MINGGU BERCUTI

Assalamualaikum W.B.T.



Apa khabar semua. Mudah-mudahan bertambah baik lebih-lebih lagi setelah sebulan berpuasa dan merayakan Hari Raya Eidulfitri. Rasanya masih belum terlambat bagi pihak UKK KPMSI untuk mengucapkan ucapan lebaran buat pembaca yang budiman.
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

WARGA KPMSI SETELAH 2 MINGGU BERCUTI

Semestinya banyak cerita yang akan terlakar dan dapat dikongsikan bersama sepanjang bercuti menyambut Hari Lebaran. Mudah-mudahan cerita-cerita ini merupakan cerita yang baik-baik dan dapat menjadi motivasi kepada kita semua ke arah menjadi seorang insan yang beriman dan mendapat perlindungan Allah S.W.T.
Jadi, setelah 2 minggu bercuti maka perjuangan harus diteruskan samada sebagai seorang pekerja mahupun sebagai pelajar. Ingat, kita masing-masing memikul tanggungjawab yang pelbagai seperti yang telah diamanahkan.
SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN

LAWATAN RANKING PRESTASI BPT MARA

Ribuan terima kasih diucapkan kepada wakil daripada Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT MARA) kerana sudi berkunjung ke KPMSI untuk melakukan penilaian prestasi KPM/KM untuk menentukan ranking dan pencapaian KPM/KM sebagai Institusi Pendidikan MARA. Pelbagai aspek telah dinilai termasuklah Hal Ehwal Akademik (HEA) dan juga Hal Ehwal Pelajar (HEP. Antara aspek yang dinilai merangkumi dokumen-dokumen mengajar, fail-fail unit, gerak kerja dan juga intervensi yang telah dilaksanakan di KPMSI ke arah meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian KPMSI sebagai sebuah institusi pendidikan. Mudah-mudahan dengan inisiatif ini akan lahir kecemerlangan yang lebih tinggi dalam segala aspek seterusnya membawa nama KPM dan KM ke peringkat yang lebih tinggi. InsyaAllah.