Monday 12 September 2011

BERTEMU KEMBALI SETELAH 2 MINGGU BERCUTI

Assalamualaikum W.B.T.



Apa khabar semua. Mudah-mudahan bertambah baik lebih-lebih lagi setelah sebulan berpuasa dan merayakan Hari Raya Eidulfitri. Rasanya masih belum terlambat bagi pihak UKK KPMSI untuk mengucapkan ucapan lebaran buat pembaca yang budiman.
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

WARGA KPMSI SETELAH 2 MINGGU BERCUTI

Semestinya banyak cerita yang akan terlakar dan dapat dikongsikan bersama sepanjang bercuti menyambut Hari Lebaran. Mudah-mudahan cerita-cerita ini merupakan cerita yang baik-baik dan dapat menjadi motivasi kepada kita semua ke arah menjadi seorang insan yang beriman dan mendapat perlindungan Allah S.W.T.
Jadi, setelah 2 minggu bercuti maka perjuangan harus diteruskan samada sebagai seorang pekerja mahupun sebagai pelajar. Ingat, kita masing-masing memikul tanggungjawab yang pelbagai seperti yang telah diamanahkan.
SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN

LAWATAN RANKING PRESTASI BPT MARA

Ribuan terima kasih diucapkan kepada wakil daripada Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT MARA) kerana sudi berkunjung ke KPMSI untuk melakukan penilaian prestasi KPM/KM untuk menentukan ranking dan pencapaian KPM/KM sebagai Institusi Pendidikan MARA. Pelbagai aspek telah dinilai termasuklah Hal Ehwal Akademik (HEA) dan juga Hal Ehwal Pelajar (HEP. Antara aspek yang dinilai merangkumi dokumen-dokumen mengajar, fail-fail unit, gerak kerja dan juga intervensi yang telah dilaksanakan di KPMSI ke arah meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian KPMSI sebagai sebuah institusi pendidikan. Mudah-mudahan dengan inisiatif ini akan lahir kecemerlangan yang lebih tinggi dalam segala aspek seterusnya membawa nama KPM dan KM ke peringkat yang lebih tinggi. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment