Friday 15 July 2011

BENGKEL KEMAHIRAN SOSIAL NEGERI PERAK

BENGKEL KEMAHIRAN SOSIAL NEGERI PERAK
16 JULAI 2011 (8.00 pagi - 5.00 petang)
HOTEL HERITAGE, IPOH
Anjuran Institut Sosial Malaysia

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai Kemahiran Kaunseling yang merupakan salah satu aspek intervensi dalam menangani gejala sosial. Kemahiran ini amat penting sebagai panduan untuk pekerja sosial, pendidik, pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan kaunselor serta masyarakat setempat dalam berdepan dengan masalah ini yang semakin membimbangkan.
Bengkel ini turut dihadiri oleh peserta dari kalangan pelajar IPT seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Teknologi MARA dan lain-lain. Penyertaan dari kalangan NGO juga amat menggalakkan disamping dengan kehadiran wakil daripada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Miskin Simpang Pulai, Perak.
Perasmian Bengkel Kemahiran Sosial Negeri Perak kali ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Abdul Rahman Bin Hassim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Encik Zakaria Bin Mat Yusof, Timbalan Pengarah Institut Sosial Malaysia.
Mudah-mudahan bengkel ini dapat memberikan sedikit input kepada peserta dan dapat dimanfaatkan dalam menghulurkan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan. Ingat, "JANGAN BIARKAN TELINGA ANDA SAHAJA YANG BERADA DI DALAM SYURGA"




No comments:

Post a Comment