Wednesday 27 July 2011

PANDUAN CARIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (AWAM/SWASTA) DALAM/LUAR NEGARA



http://pengiktirafan.jpa.gov.my/

eSISRAF


Bila membincangkan tentang peluang melanjutkan pengajian, pasti akan timbul 1 persoalan penting iaitu "di mana". Bila dah dapat tempat mula timbul persoalan lain pula iaitu "ok ke?".
Sebagai panduan buat anda yang berhasrat untuk menyambung pengajian saya sediakan sedikit tips penting. Tujuannya supaya anda tidak menyesal dikemudian hari. Sebabnya dah ada beberapa kes yang berlaku melibatkan beberapa orang pelajar yang melanjutkan pengajian di salah sebuah IPTS di Malaysia namun gagal melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya atau bekerja disebabkan program yang diambil tidak mendapat pengiktirafan daripada MQA dan juga JPA.
Caranya sangat mudah iaitu:
i) Pilih mana-mana IPTA/IPTS dan senarai program pengajian yang ingin diikuti
ii)Semak program tersebut samada ia telah diiktiraf oleh MQA atau sebaliknya
iii)Kemudian semak juga dengan JPA mengenai pengiktirafan di alamat berikut:
http://pengiktirafan.jpa.gov.my/
iv)Buat keputusan untuk pemilihan


Setiap program pengajian yang baru dijalankan di sesebuah IPTA/IPTS tidak mendapat pengiktirafan daripada MQA dengan sewenang-wenangnya. Ia perlu melalui beberapa proses, antaranya:
i) Perancangan di peringkat IPTA/IPTS terbabit
ii)Program pengajian dimaklumkan kepada MQA untuk mendapatkan kelulusan sebelum dijalankan
iii)Program yang telah mendapat kelulusan perlu dilaksanakan selama minimum 4 semester (2 tahun)
iv)Wakil daripada MQA datang untuk membuat pemeriksaan
v)Program pengajian diiktiraf jika telah memenuhi syarat-syarat MQA
vi)Sijil yang diperolehi boleh digunapakai untuk tujuan menyambung pengajian dan kerjaya.


Keutamaan penajaan MARA adalah untuk pengajian di universiti terkemuka di dunia.
Contoh universiti terkemuka luar negara boleh dilihat di http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/2010-2011/top-200.html (world ranking), http://www.go8.edu.au/ (Australia) dan Ivy League (US).

Pelajar juga dinasihat untuk melihat pengikhtirafan JPA bagi universiti luar negara di website berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
Pengikhtirafan ini penting terutama bagi mereka yang ingin bekerja dengan perkhidmatan awam apabila tamat belajar nanti.


Permohonan penajaan dalam negara adalah mestilah melalui http://eduloan.mara.gov.my yang hanya dibuka pada Januari dan Julai setiap tahun.

Manakala permohonan luar negara adalah mengikut program berjadual seperti yang diiklankan di akhbar tempatan,
Contoh: Pengambilan pelajar lepasan SPM telah diiklan pada Mac dan pengambilan peringkat Master dan PhD telah diiklan pada April. Tiada pengambilan peringkat Degree pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment