Thursday 7 July 2011

KENALI KAUNSELING

KENALI KAUNSELING

APA ITU KAUNSELING?
  • Satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi
  • Dilakukan oleh kaunselor professional
  • Menghasilkan perubahan dan perkembangan peribadi klien yang baik dan menyeluruh
  • Dilakukan secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling
  • Berlaku antara dua orang individu  yang dipanggil kaunselor dan klien berlaku dalam ‘setting’ profesional
  • Dimula dan dikekalkan sebagai satu cara untuk menolong perubahan tingkahlaku
OBJEKTIF KAUNSELING
  • Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang individu bekerja dengan berkesan
  • Menolong untuk menyesuaikan diri dalam situasi melalui proses penyelesaian masalah
  • Membolehkan menganalisa pandangan dan mencari pelbagai cara dan tingkahlaku yang mengganggu
TUJUAN KAUNSELING
  • Memberi maklumat
    • Masalah selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
  • Menggalakkan celik akal
    • Membantu memahami lebih lanjut mengenai diri(menyelami diri dan persekitaran)
  • Memberi sokongan
    • Memberi sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan perasaan
  • Membuat keputusan
    • Membantu membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah  untuk membuat keputusan
  • Menyelesaikan konflik
    • Mengurangkan ketegangan dan permusuhan
JENIS PERKHIDMATAN
 
 Kaunseling Kelompok
 Kaunseling Individu
 Kaunseling Kerjaya
 Bimbingan Akademik
 Pemantauan Disiplin
 Kerjaya
 Motivasi                     
 Kaunseling Keluarga
 Keibubapaan
 Inventori
 Ujian Personaliti
 Pencegahan Dadah Dan AIDS
 Psiko. Sosial & Kesejahteraan Mental
 Pembangunan Diri Pelajar
 Kepimpinan
 Keremajaan
 Pembimbing Rakan Sebaya
 

No comments:

Post a Comment