Tuesday 19 July 2011

PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA BAGI GRADUAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

Lazimnya di KPMSI, bila ade Pendaftaran Pelajar Baru, pihak pentadbiran akan mengaturkan satu slot penting iaitu Taklimat Pengarah bersama Ibubapa. Antara kandungannya ialah peluang melanjutkan pengajian di luar negara bagi pelajar-pelajar HND.

"betui ka pengarah ni?"

Nak dapatkan kepastian Kaunselor pun carilah maklumat drp orang atasan. Haa, sape lagi kalo bukan TPHEA. Tak puas hati lagi, kaunselor call plak Pegawai di Bahagian Pengajian Tinggi (BPT).

"betui la. Awat, hang x percaya ka?" hahaha....tambah-tambah je tu..
"OK2, saya percaya" kata kaunselor. "Tp stakat ni xde pun student yg pi sana"

Haaa, sekarang kami dari Unit Kaunseling & Kerjaya KPMSI nak habaq kat hangpa. Memang betui la. "nak bukti?" hangpa tengok gambaq ni nanti.
Ni gambaq dia. Saya tanya dia sendiri tau. Buktinya tgk la, saya siap bergambar lagi dgn dia. Ok, ni salah sorang student KPMSI yang dapat tajaan MARA utk lanjutkan pengajian di luar negara (Glyndwr University, UK). Ainna Mardhiah Binti Ahmad Faizul namanya.

"tahniah AINNA daripada UKK KPMSI"

Jadi, bulan September ni beliau akan berlepas ke UK.

"jaga diri elok2 dan belajaq rajin2 no"

Haa...yang istimewanya beliau akan berada kt sana 9 bulan je (September 2011 - Jun 2012) untuk menghabiskan pengajian peringkat ijazah.

"betui, saya x tipu la"

Xpe, saya ada bukti yang saya x tipu tau.....tengok ye.....

Sebenarnya, pada tahun ni ade 2 orang student lepasan KPMSI yang mendapat tawaran utk ke luar negara. Salah sorangnya Ainna dan sorang lagi Fatin Adila Binti Md. Saiful Rahman. Kedua-dua mereka akan melanjutkan pengajian di Glyndwr University dan akan berlepas September nanti.

Haa....ni gambaq student lepasan KPMSI yang baru je menamatkan pengajian mereka di Glyndwr University bujan Jun lalu. 9 bulan je belajaq kt sana dah dapat Degree....cepat kn?

Jadi, hari ni (19 Julai 2011) pihak Pentadbiran KPMSI berbesar hati menjemput mereka untuk share pengalaman masing-masing sepanjang berada di sana bersama-sama student HND 1 dan HND 4. Tujuannya untuk memberi suntikan semangat kepada adik-adik ni supaya lebih gigih dalam mengejar kejayaan samada dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum.

"tahniah daripada UKK KPMSI buat tuan/puan yang dah berjaya membuktikan produk KPM juga mampu ke sana untuk meraih kejayaan. Terima kasih juga atas kesudian tuan/puan berkongsikan ilmu dan pengalaman kpd adik2 di sini"

Jumlah keseluruhan pelajar lepasan KPMSI yang melanjutkan pengajian di Glyndwr University adalah 6 orang. Tapi hanya 4 orang yang dapat hadir untuk kongsi pengalaman pada hari ni.

1) MOHD ZULFARHAN BIN JAAFAR
2) MOHD KHAIRUL NIZAM BIN KAMARUDIN
3) NOR BAZLINDA BINTI KAMARUDDIN
4) SHAHIDAH BINTI AHMAD SUHAIMI

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Gambar kenang-kenangan bersama En. Ahmad Hisham Bin Mustapha




Haaa....nak tau sape yg kt sebelah Ainna ni?
Ni la Encik Ahmad Hisyam Bin Mustapha, mentor kepada Ainna Mardhiah. Terserlah senyum kepuasan di wajah seorang Mentor apabila anak didik melakarkan kejayaan yang cemerlang sebegini.

Baik, gambar ni diambil ketika temubual di antara Pengarah KPMSI, Tn Hj. Jusoh Bin Omar dengan pelajar-pelajar lepasan KPMSI yg baru menamatkan pengajian di UK. Salah seorang daripadanya adalah pelajar lepasan KPMSI yang bakal ke UK untuk menyambung pengajian peringkat ijazah.
"ape ye yang tengah dibincangkan tu?"

Ni la dinamakan Sirih Pulang Ke Gagang

Adik-adik mengambil kesempatan bergambar dengan kakak mereka yang baru pulang dari UK. Mudah-mudahan anda pun dapat terbang ke sana juga.

Gambar kenang-kenangan bersama Pengarah Kolej Profesional MARA Seri Iskandar.

3 comments:

  1. as salam saya bekas pelajar HND CSD di KPM Beranang, baru sahaja tamat belajar dan sedang menunggu utk graduate.
    bagaimana untuk memohon bagi pengajian ijazah di luar negara dan syarat syarat minimum untuk pengambilan tersebut.

    ReplyDelete
  2. asslm......nk tnya kalau saya buat diploma aacountancy kat kpm ni ader peluang x untuk further study at oversea untk degree nnti?

    ReplyDelete
  3. Glyndwr Uni memang ada dalam senarai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8i) jadi sesiapa yang ada HND dari KPM dan Degree dari Glyndwr Uni memang boleh mohon kerja kat gomen atau swasta. Pengiktirafan ijazah Glyndwr Uni memang ok je oleh gomen Malaysia.

    ReplyDelete