Wednesday 20 July 2011

KEPEDULIAN ISLAM MEMPERJUANGKAN HAK KANAK-KANAK BERTERUSAN

Keunggulan Islam telah menjadikan sistem atau manhaj tarbiyyah kepada kanak-kanak sesuatu yang unik dan mempunyai dasar-dasar yang jelas, yang tidak terdapat pada sistem pendidikan yang lain. Salah satu dasar penting manhaj pendidikan ini ialah memberikan tumpuan kepada hak dan nilai keinsanannya.


Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra', ayat 70:
"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan kenderaan di darat dan di lautan; dan Kami berikan rezeki kepada mereka dari yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka atas kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan."

JUSTERU, IBU BAPA PERLU MEMAHAMI BAHAWA MEMENUHI HAK PENDIDIKAN ANAK-ANAK ADALAH WASIAT PENTING. Sebagai pemegang wasiat ini, ibu bapa sekurang-kurangnya perlu mengetahui tujuh bidang utama pendidikan kanak-kanak iaitu:
1) Pendidikan Iman
2) Pendidikan Akhlak
3) Pendidikan Emosi dan Mental
4) Pendidikan Jasmani
5) Pendidikan Sosial
6) Pendidikan Hati dan
7) Pendidikan Seks

(Ihsan MINDA; ISM; Perlindungan Kanak-kanak Mengikut Konteks Perundangan Malaysia)

No comments:

Post a Comment